PROMOSI "ARE IKAN"

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut setiap produk








TERKINI!! Pemanggang ayam/pizza PA5 (klik di sini)

Tuesday, September 30, 2014

Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk

Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk






Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk mengandungi biji kopi Arabica yang enak untuk dinikmati seisi keluarga. Ia diadun bersama kebaikan dari sumber susu kambing serta makanan Sunnah seperti madu, kismis, Habbatus Sauda dan Za’faran yang bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan jasmani, malah turut membekalkan khasiat untuk tahap kesihatan yang optima.

Khasiat Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk
  •              Membantu menyegarkan tubuh badan
  •              Meningkatkan tahap kecergasan jasmani
  •              Mengatasi maslaah keletihan dan kelesuan
  •              Membantu menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang jangkitan penyakit
  •              Membantu memelihara dan menggalakkan fungsi organ dalaman
  •              Membantu menurunkan paras kolestrol
  •              Membantu memelihara kesihatan tubuh secara menyeluruh
  •              Membantu menjana keupayaan minda
  •              Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga

Kandungan Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk

Kopi Arabika: Biji kopi Arabika yang diperoleh dari spesis coffea arabica dari tanah tinggi Ethiopia ternyata mempunyai rasa yang lebih enak dan lazat. Kopi tinggi kandungan antioksidan serta mengandungi khasiat dari sumber vitamin B-kompleks, potassium, mangan, magnesium dan niacin yang berupaya menyingkirkan toksin dari tubuh badan, meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh serta menggalakkan fungsi otak seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan memori. Kopi juga mampu meredakan tekanan, meningkatkan tahap metabolisme di samping membantu mengurangkan risiko serangan diabetes, strok dan kanser.

Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot,  dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.

Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada minuman anda. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

Sukros: Sukros merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

Delima: Delima kaya dengan agen antioksidan dari sumber polifenol seperti anthocyanin, punicalagin, asid ellagik dan asid gallik yang bukan sahaja mampu menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit, malah turut berupaya menyingkirkan toksin, meningkatkan metabolisme serta menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh seterusnya membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan. Di samping itu, buah delima turut berupaya melindungi tubuh daripada serangan kanser, mengurangkan paras kolestrol LDL yang tidak baik untuk kesihatan.

Za’faran: Turut dikenali dengan nama Saffron, bunga ini kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, mengawal tekanan darah serta meningkatkan tahap tenaga dan keupayaan mental. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas yang berpunca daripada toksin, pencemaran mahupun diet yang tidak seimbang sekaligus mencegah membantu anda proses penuaan dan kerosakan sel tubuh.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme, menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.

Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan tahap kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Buah Zaitun: Buah zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolestrol. Minyak yang diesktrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.


Cara Penggunaan Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk

  •          Tuangkan 1 paket Mummylicious Arabica Coffee Goat’s Milk ke dalam 120 ml air suam.
  •          Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
  •          Simpan di tempat yang dingin dan kering.


Kandungan: 24 sachets


RM45 TERMASUK POSLAJU SEMENANJUNG
RM55 TERMASUK POSLAJU SBH/SRWK

CARA ORDER:
SMS [MUMMYLICIOUS COFFEE, KUANTITI, NAMA, EMAIL, LOKASI RINGKAS]
KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


No comments:

Post a Comment