PROMOSI "ARE IKAN"

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut setiap produk








TERKINI!! Pemanggang ayam/pizza PA5 (klik di sini)

Tuesday, November 11, 2014

Juz Q30

Juz Q30 

Juz Q30 merupakan produk yang diformulasi daripada campuran makanan Sunnah bersama air Zam Zam yang merupakan makanan terbaik untuk minda. Ia terbukti dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak mahupun bayi di dalam kandungan serta mampu meningkatkan daya tumpuan dan memori para pelajar.

Khasiat Juz Q30
  • Diadun dengan makanan Sunnah bersama terapi Al-Qur’an
  • Membantu menajamkan minda
  • Meningkatkan daya tumpuan dan memori
  • Sesuai untuk kanak-kanak dan para pelajar
  • Ia juga sesuai untuk ibu hamil bagi merangsang keupayaan otak bayi dalam kandungan
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan
  • Dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan jasmani
  • Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit



 Kandungan Juz Q30

Air Zam-Zam: Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam Zam mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan fluorida yang lebih tinggi daripada air biasa yang mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan nutrien kepada tubuh badan.

Glukosa: Selain menambah rasa manis pada makanan, sebatian yang turut dipanggil glukosa ini sering terkandung di dalam tumbuhan seperti anggur serta berperanan membekalkan tenaga kepada sel tubuh untuk menggalakkan fungsi sel di samping menstabilkan suhu tubuh badan anda.

Za’tar: Za’tar merupakan gabungan herba yang berasal dari Timur Tengah seperti Thyme, selasih, Calamintha, Satureja bersama campuran bijan dan garam. Ia diyakini mampu menguatkan jasmani dan rohani serta membantu menajamkan minda terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Manna: Gam Manna atau Gam Arab diekstrak dari pokok Akasia serta kaya dengan kandungan serat dan kalsium yang berupaya melancarkan proses penghadaman, membantu mengurangkan kolestrol, selain berfungsi untuk membantu dalam menyerap nutrien dan meningkatkan sistem imun dengan sifatnya sebagai bahan prebiotik. Di samping itu, gam Manna turut berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan tenaga mental.

Pegaga: Daun pegaga kaya dengan protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C yang berupaya menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit di samping meneutralkan radikal bebas, memelihara sistem saraf dan melancarkan peredaran darah sekaligus menggalakkan fungsi organ. Pegaga turut berupaya meredakan tekanan dan kemurungan, mengatasi kelesuan tubuh meningkatkan kecerdasan minda.

Ginkgo Biloba: Turut dikenali sebagai pokok Maidenhair, Ginkgo Biloba yang bersifat antioksidan ini diiktiraf oleh pengamal perubatan tradisional kerana khasiatnya yang berupaya meningkatkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya memori dan pemikiran terutamanya pesakit Alzheimer vascular dementia.

Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan serta kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

Anggur Hitam:Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Kandungan Vitamin B2-nya pula berfungsi menentang radikal bebas, meningkatkan tahap tenaga serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu juga, anggur turut berupaya meningkatkan kandungan glutathione di dalam darah, menjana keupayaan mental, melambatkan proses penuaan serta membantu menentang serangan kanser dan radang.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Delima: Buah delima merupakan agen antioksida yang berfungsi menentang radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel tubuh dan melambatkan proses penuaan. Delima juga mampu memelihara kesihatan jantung dan otak seterusnya menggalakkan fungsi otak serta membantu mencegah daripada penyakit Alzheimer.

Badam: Kekacang ini tinggi kandungan protein, vitamin B, kalsium dan fosforus yang berkhasiat untuk tubuh badan dan mampu menggalakkan tumbesaran dan perkembangan minda terutamanya bagi kanak-kanak. Badam berupaya mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan sistem penghadaman, meningkatkan tahap tenaga, serta menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian otak sekaligus membantu meningkatkan daya tumpuan dan memori. Di samping itu, badam juga mampu menstabilkan struktur sel darah merah sekaligus menggalakkan fungsi antibodi untuk menentang serangan penyakit.

Garam Bukit: Garam bukit yang terdapat di gunung-ganang seperti Gunung Himalaya sememangnya kaya dengan khasiat bagi kesihatan tubuh badan dan berupaya menyingkirkan toksin serta melancarkan perjalanan darah untuk menggalakkan fungsi organ dalaman.


Kandungan: 15 sachet

Cara Penggunaan Juz Q30

1) Koyakkan sachet JuzQ30 dan terus minum.

2) Amalkan 1 sachet sehari pada waktu pagi atau malam.
3) Sebaik-baiknya minum ketika perut kosong.
4) Tidak perlu membancuhnya bersama air.


HARGA  RM80/BX (15 SACHETS)
FREE POSLAJU SEMENANJUNG
SABAH/SRWK +RM10
 * belian borong layak diskaun hebat..sms segera

CARA ORDER:
SMS [JUZQ30, KUANTITI, NAMA, EMAIL, LOKASI RINGKAS] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


No comments:

Post a Comment