PROMOSI "ARE IKAN"

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut setiap produk








TERKINI!! Pemanggang ayam/pizza PA5 (klik di sini)
Showing posts with label dalam pantang. Show all posts
Showing posts with label dalam pantang. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy

Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy




Herbanika Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.


Antara produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:

  1. PhytoNatal 90 biji.
  2. Krim Herbanika Barut 60g.
  3. Herbanika Lulur 100g.
  4. Minyak Herbanika 100ml.
  5. Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  6. Akar Herbanika 10 t-bag



PhytoNatal
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.


Krim Herbanika Barut
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
Cara Guna Krim Herbanika Barut
Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.


Herbanika Lulur
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.
Khasiat Herbanika Lulur
Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Guna Herbanika Lulur
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.


Minyak Herbanika
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Khasiat Minyak Herbanika
Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
Sangat mujarab digunakan untuk urut.
Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.


Uncang Cuci Herbanika
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Khasiat Uncang Cuci Herbanika
Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.


Akar Herbanika
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.


Maklumat Lain Berkenaan Rangkaian Herbanika Bersalin
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
PhytoNatal (MAL 05090043T)
Krim Herbanika Barut (MAL 20014436T)
Herbanika Lulur (MAL 19985761T)
Minyak Herbanika (MAL 19985762T)
Uncang Cuci Herbanika (MAL19985763T)
Akar Herbanika MAL19972865T)



HARGA RM300.00
KOS POS PERCUMA SEMENANJUNG
RM5 SABAH/SARAWAK


CARA ORDER:
SMS [HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula




Minuman Wanita Dalam Pantang

Minuman Wanita Dalam Pantang Atika Beauty


Minuman Wanita Dalam Pantang diramus khusus dari 38 jenis herba yang mengandungi pelbagai khasiat di antaranya ialah madu lebah, manjakani, kacip fatimah, akar serapat, sirih, kunyit, temugiring, kencur, cekur, halia, kulit halban, asam jawa, dan lain-lain herba terpilih.

Khasiat Minuman Wanita Dalam Pantang
  • Sangat berkhasiat untuk pemulihan bagi wanita selepas bersalin.
  • Merawat luka, mengecutkan rahim, memberikan tenaga, memudarkan parut di perut semasa mengandung.
  • Membantu mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing.
  • Mengencangkan otot-otot rahim dan payudara.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Membuang angin dalam badan.
  • Menaikkan seri wajah kembali.
Kandungan Minuman Wanita Dalam Pantang
Peach berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat dan serat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Ia dapat mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia sesuai untuk masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah.
Kunyit dijadikan rawatan selepas bersalin bagi mengecutkan rahim dan mencuci darah  juga mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman. Selain daripada itu, ia juga melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Ia dikatakan juga dapat menghilangkan masalah keputihan dan vagina yang terlalu berair dan dapat meningkatkan keintiman hubungan suami isteri.
Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Ia dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.
Asam Jawa kandungan “Flavonoid” didalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Ia juga membantu melangsingkan badan.


Cara Guna Minuman Wanita Dalam Pantang
Goncang dahulu sebelum di minum, ambil 15 ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cup sukatan yang disediakan sebelum sarapan pagi dan malam.
Disyorkan agar mengambil minuman ini selama 60 hari agar kerekahan pulih sepenuhnya.

Kandungan 350ml



HARGA RM45.00
KOS POS RM5 SEMENANJUNG
RM10 SABAH/SARAWAK




CARA ORDER:
SMS [MINUMAN WANITA DLM PANTANG, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


Air Susu Ibu (ASI)

Air Susu Ibu (ASI) Atika Beauty



Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan. Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang. Maka terciptalah produk Air Susu Ibu (ASI) dari Atika Beauty bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu ibu.

Khasiat Air Susu Ibu (ASI)

  • Untuk mengurangkan senak/sakit ulu hati.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu.
  • Meningkatkan sistem imunisasi


Kandungan Air Susu Ibu (ASI)
Tembikai Madu dapat membantu mengurangkan masalah kulit dan menjadikannya lebih sihat. Ia kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Labu berfungsi mengawal nafsu makan. Selain Vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin, serat dan fiber yang tinggi.
Ekstrak Halba dapat merangsang penghasilan hormon wanita dan membantu kitaran haid. Ia berupaya meningkatkan penghasilan progesteron dan melancarkan pengedaran darah serta membuang toksid dalam badan.
Ekstrak Jintan Hitam(Habbatus Sauda) yang tumbuh di Mesir, India dan di Negara-negara Laut Tengah, kaya dengan vitamin, mineral dan serat makanan untuk meningkatkan sistem imunisasi dan sebagai penawar segala jenis penyakit.  Ia juga meningkatkan pengeluaran susu ibu yang menyusu, membantu menambah rangsangan seksual, baik bagi penyakit ghout.
Ekstrak Adas/Adas Pedas mempunyai kesan antiinflamasi dan estrogenic (meningkatkan penghasilan susu, menggalakkan haid).

Cara Guna Air Susu Ibu (ASI)
Goncang dahulu sebelum di minum, ambil 15 ml, minum 2 kali sehari dengan menggunakan cup sukatan yang disediakan sebelum sarapan pagi dan malam.

Kandungan 250ml


HARGA RM45.00
KOS POS RM5 SEMENANJUNG
RM10 SABAH/SARAWAK



CARA ORDER
SMS [AIR SUSU IBU, NAMA, EMAIL, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula



Set Bersalin Atika Beauty

Set Bersalin Atika Beauty




Set Bersalin  Atika Beauty merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman bagi ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.


Kandungan Set Bersalin  Atika Beauty

  • Jamu Bersalin 1 300 biji.
  • Jamu Bersalin 2 300biji.
  • Teh Herba Tampang 10 paket.
  • Minyak Herba 100ml.
  • Minyak Bayi 100ml.
  • Rempah Pembersih Wanita.
  • Param.
  • Tapal.
  • Pilis.



Khasiat & Cara Guna Produk Yang Terdapat Dalam Set Bersalin  Atika Beauty


Jamu Bersalin 1
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.
Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.
Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin.
Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.
Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.
Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.
Rempah Pembersih Wanita
Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
Cara Penggunaan :
Gunakan produk ini 2 kali sehari.
Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali.
Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit.
Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat.
Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam.
Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk.
Buang larutan itu selepas digunakan.
Param
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.
Tapal
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan bengkung.
Pilis
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



HARGA PASARAN RM300
HARGA KAMI RM240
KOS POS PERCUMA SELURUH MALAYSIA


CARA ORDER:
SMS [SET BERSALIN ATIKA BEAUTY, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


Set Bersalin Ibu Halimah Jamu Mak Dara

Set Bersalin Ibu Halimah Jamu Mak Dara




Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun-temurun keluarga beliau, dan kini, ia diperkenalkan untuk kegunaan umum. Ramuan yang digunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dah tidak mengandungi bahan tiruan,manakala bengkung yang disediakan adalah bengkung tradisional Melayu. Set ini adalah lengkap untuk penggunaan 44 hari tempoh berpantang.


Kandungan Set Bersalin Ibu Halimah

  • Jamu Mak Dara (Serbuk) 1 kotak 250 gram
  • Jamu Mak Dara (Kapsul) 2 botol 60 biji kapsul
  • Losyen Param Ibu Halimah 1 botol 120 ml
  • Pilis 1 bekas 200 gram
  • Bedak Sejuk 1 bekas 200 gram
  • Rempah Mandi 1 bungkus 100 gram
  • Bengkung 1 helai
  • Tungku Kukus Berherba 1 unit



Jamu Mak Dara
Jamu Mak Dara adalah satu produk herba yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan yang semuladi. Ramuan perubatan herba yang inovatif ini memberikan kebaikan pada tubuh luar dan dalam malah meningkatkan daya sistem tubuh.
Khasiat Jamu Mak Dara
Ia membuang toksik dalam badan, menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, menambahkan nafsu syahwat, mengembalikan tenaga, memperbaiki sistem kitaran haid, membuang angin, membakar lemak, menurunkan berat badan, mengatasi masalah bau badan, sakit pinggang dan lemah badan serta berfungsi sebagai awet muda.
Pemakanan dan pengamalan Jamu Mak Dara secara teratur dan konsisten menggalakkan kesihatan dalaman wanita sehingga terpancar keluaran tubuh wanita.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Serbuk)
Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara(serbuk) ke dalam setengah cawan air panas.
Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara.
Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.
Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu.
Banyakkan minum air suam ketika berpantang.
Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.
Cara Guna Produk Jamu Mak Dara (Kapsul)
Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan.
Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timum , buah kundur dan lain lain ketika berpantang.
Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika di ambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.


Losyen Ibu Halimah
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.
Cara Guna Losyen Ibu Halimah
Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.


Pilis
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit-sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa dialami ibu ibu baru lepas bersalin.
Cara Guna Pilis
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.


Bedak Sejuk
Bedak sejuk di gunakan untuk menghilangkan ruam pada muka dan membersihkan liang-liang kulit serta menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.
Cara Guna Bedak sejuk
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes.
Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam.
Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.
Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.


Rempah Mandi
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.
Cara Guna Rempah Mandi
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.
Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).
 Mandi menggunakan air rempah secukupnya.
Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru.
Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu-ibu dalam tempoh berpantang.


Bengkung
Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.
Cara Guna Bengkung
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.
Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada.
Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas.
Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.
Adalah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu Losyen Ibu Halimah  terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.
Di sarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. (akan di sertakan gambar setiap kali pembelian 1 set).


Tungku Kukus Herba
Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang.
Cara Guna Tungku Kukus Herba
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab.
Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.
Lapiskan dengan satu lapis kain sekiranya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah.
Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.
Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.


Maklumat Lain Berkenaan Set Bersalin Ibu Halimah
No Pendaftaran KKM:
Jamu Mak Dara (Serbuk): MAL 08010751TC
Jamu Mak Dara (Kapsul): MAL 07081636TC
Losyen Ibu Halimah:  NOT 080500746K
Pilis: NOT 080801652K
Bedak Sejuk: NOT 080801651K



HARGA 1set RM350.00
KOS POS PERCUMA SELURUH MALAYSIA


CARA ORDER:
SMS [SET BERSALIN IBU HALIMAH, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


Set Ibu Bersalin Confine Mum Leesa Formula

Set Ibu Bersalin Confine Mum Leesa Formula




Set Ibu Bersalin Confine Mum Premium terhasil dari formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Mengandungi 9 produk di dalamnya sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan. Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan dan ia selamat untuk ibu menyusu bayi.


Kandungan Set Ibu Bersalin Confine Mum
Tablet Haruan Complex – 50 biji
Tablet Prawan – 80 biji
Ginger Cream – 100g
Cotet Emas Uncang – 15 uncang
Body Contour Gel – 50g
Bengkung Correctuer
Minyak Telon – 24ml
Pek Tungku Herba – 2x200g
PERCUMA Beg Sandang Leesa


Cara Penggunaan Set Ibu Bersalin Confine Mum

  1. Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
  2. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
  3. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
  4. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
  5. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
  6. Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
  7. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
  8. Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
  9. Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.



Tablet Haruan Complex
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Khasiat Tablet Haruan Complex
Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.


Tablet Prawan
Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Khasiat Tablet Prawan

  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.



Ginger Cream
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Khasiat Ginger Cream

  • Membuang angin dalam badan.
  • Mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.



Body Contour Gel
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
Khasiat Body Contour Gel

  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
  • Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
  • Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.



Bengkung Correctuer
Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Khasiat Bengkung Correctuer

  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.



Cotet Emas Uncang
Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.
Khasiat Cotet Emas Uncang

  • Mengecutkan peranakan
  • Memberi tenaga
  • Menyihatkan tubuh
  • Merapatkan kembali vagina
  • Bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.



Minyak Telon
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
Cara Guna Minyak Telon
Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.


Pek Tungku Herba
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.
Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.
Khasiat Pek Tungku Herba

  • Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas.
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.



Maklumat Lain Berkenaan Set Ibu Bersalin Confine Mum
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
Tablet Haruan Complex – MAL 05051136T
Tablet Prawan – MAL 20020639T
Ginger Cream – MAL 05012025T
Body Contour Gel – MAL 04112052K
Minyak Telon – MAL 05090421K



HARGA 1set RM350.00
KOS POS PERCUMA SELURUH MALAYSIA


CARA ORDER:
SMS [SET BERSALIN CONFINE MUM, NAMA, EMAIL, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula