PROMOSI "ARE IKAN"

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut setiap produk








TERKINI!! Pemanggang ayam/pizza PA5 (klik di sini)
Showing posts with label set bersalin. Show all posts
Showing posts with label set bersalin. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy

Rangkaian Herbanika Bersalin Nona Roguy




Herbanika Bersalin dari Nona Roguy adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.
Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan. Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.


Antara produk yang terdapat dalam Rangkaian Herbanika Bersalin:

  1. PhytoNatal 90 biji.
  2. Krim Herbanika Barut 60g.
  3. Herbanika Lulur 100g.
  4. Minyak Herbanika 100ml.
  5. Uncang Cuci Herbanika 10 t-bag.
  6. Akar Herbanika 10 t-bag



PhytoNatal
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
Mengimbangi kembali sistem badan.
Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.


Krim Herbanika Barut
Digunakan secara tradisional untuk mengencangkan kembali otot-otot perut terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Juga digunakan untuk membantu melegakan sakit sendi dan otot.
Khasiat Krim Herbanika Barut
Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan kotoran dari rahim.
Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada perut.
Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan pinggang.
Cara Guna Krim Herbanika Barut
Digunakan dua (2) kali sehari pada sebelah pagi selepas mandi dan pada sebelah malam (sebelum tidur).
Sapu Krim Herbanika Barut ke seluruh perut dan pinggang.
Lumurkan Minyak Herbanika kemudian sapukan Krim Herbanika Barut ke pinggang, perut dan bahagian ari-ari.
Pakailah bengkung.
Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula seperti cara di atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
Pakai sepanjang malam.


Herbanika Lulur
Digunakan secara tradisional sebagai penyental kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, untuk kehalusan, kesihatan dan kebersihan kulit.
Khasiat Herbanika Lulur
Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas badan, sendi dan otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos dan peluh berbau.
Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan mengembalikan kepejalan badan.
Menegangkan semula payudara yang kendur dan lembik.
Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh angin lendir di otot, urat saraf serta urat timbul.
Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati, parut hitam, parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
Cara Guna Herbanika Lulur
Sebelum mandi, duduk atas tikar atau plastik dan mulai lulur seluruh badan seperti berikut:
1 – 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampur dengan air panas suam serta sedikit air florida (supaya serbuk lulur tidak bertempek).
Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki, tangan, lengan dan belakang.
Sapu kaki dan tapak kaki dengan air Florida dan pakai stokin yang tipis.


Minyak Herbanika
Digunakan secara tradisional untuk kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan batuk dan sakit anggota badan, sakit otot dan sendi, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kahak.
Khasiat Minyak Herbanika
Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot.
Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul disendi-sendi.
Menyegarkan urat saraf dan otot-otot yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
Minyak pelembab melembut dan menegangkan kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
Melicinkan peredaran darah dan mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan.
Cara Guna Minyak Herbanika
Bersalin secara Normal
Sapukan Minyak Herbanika di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
Sangat mujarab digunakan untuk urut.
Boleh guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
Bersalin secara Pembedahan (cesarean)
Hanya sapu Minyak Herbanika ke bahagian abdomen atas dan bawah, belakang serta bahagian pinggul dan gunakan kain barut atau bengkung untuk membarut bahagian-bahagian tersebut.
Bengkak payudara
Urut Minyak Herbanika ke kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan susu.
Jika bengkak, rendamkan tuala kecil ke dalam air panas dan letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di payudara.
Bersihkan puting sebelum menyusu bayi.


Uncang Cuci Herbanika
Digunakan secara tradisional sebagai air cebok untuk kebersihan kesihatan dan kesegaran wanita untuk melegakan keputihan dan gatal-gatal ringan.
Khasiat Uncang Cuci Herbanika
Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit, penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
Sesuai untuk masalah buasir , hydroterapi dan compress.
Cara Guna Uncang Cuci Herbanika
Rendam 2 Uncang Cuci Herbanika dalam 1/2 liter air panas mendidih.
Biarkan warna air bertukar kepada kekuningan herba.
Boleh memasukkan 2 sudu besar garam ke dalam air herba.
Kemudian masukkan sedikit air biasa supaya panasnya tidak melecurkan kulit.
Guna airnya untuk mencebok atau menggunakan kapas untuk mencuci alat peribadi wanita.
Boleh diamalkan pada setiap pagi, petang dan malam.


Akar Herbanika
Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.


Maklumat Lain Berkenaan Rangkaian Herbanika Bersalin
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
PhytoNatal (MAL 05090043T)
Krim Herbanika Barut (MAL 20014436T)
Herbanika Lulur (MAL 19985761T)
Minyak Herbanika (MAL 19985762T)
Uncang Cuci Herbanika (MAL19985763T)
Akar Herbanika MAL19972865T)



HARGA RM300.00
KOS POS PERCUMA SEMENANJUNG
RM5 SABAH/SARAWAK


CARA ORDER:
SMS [HERBANIKA BERSALIN NONA ROGUY, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula




Set Bersalin Atika Beauty

Set Bersalin Atika Beauty




Set Bersalin  Atika Beauty merangkumi produk penjagaan kesihatan dalaman bagi ibu-ibu sebaik sahaja melahirkan cahaya mata. Ia bukan sahaja membantu memulihkan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin malah mengembalikan kesegaran dan kecerian pada tubuh dan wajah.


Kandungan Set Bersalin  Atika Beauty

  • Jamu Bersalin 1 300 biji.
  • Jamu Bersalin 2 300biji.
  • Teh Herba Tampang 10 paket.
  • Minyak Herba 100ml.
  • Minyak Bayi 100ml.
  • Rempah Pembersih Wanita.
  • Param.
  • Tapal.
  • Pilis.



Khasiat & Cara Guna Produk Yang Terdapat Dalam Set Bersalin  Atika Beauty


Jamu Bersalin 1
Digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari sebelum makan.
Jamu Bersalin 2
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan otot-otot tubuh dan mengurangkan berat badan bagi wanita selepas bersalin.
Cara Penggunaan : 8 pil, 2 kali sehari, sebelum makan.
Teh Herba Tampang
Sebagai minuman selepas bersalin.
Cara Penggunaan : Rendam 1 uncang secawan air panas selama 5 minit. Minum ketika masih panas. Minum 2 kali sehari selepas makan bermula pada hari ke 4 selepas bersalin sehingga hari ke 8.
Minyak Herba
Membantu menyingkirkan angin dan memanaskan badan. Ekstrak herba yang digunakan juga mempunyai tindakan anti bakteria, anti radang serta anti fungus.
Minyak Bayi
Digunakan untuk bayi bagi mencegah dan mengubati perut kembung serta memberikan kehangatan pada bayi.
Rempah Pembersih Wanita
Menyegarkan, mengembalikan kawasan vagina agar bersih serta mengelakkan jangkitan. Menghilangkan bau dari darah kotor yang keluar serta merapatkan vagina.
Cara Penggunaan :
Gunakan produk ini 2 kali sehari.
Setiap uncang boleh digunakan sebanyak 2 kali.
Rendam 1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau bagi mendapatkan larutan yang lebih pekat, rebus 1 uncang ke dalam satu liter air selama 15 minit.
Cuci bahagian vagina dengan larutan herba atau tuang larutan ke dalam besen bulat.
Campur dengan 1 liter air bagi penyediaan larutan suam.
Rendamkan bahagian vagina anda ke dalam larutan tersebut dan duduk sehingga larutan itu sejuk.
Buang larutan itu selepas digunakan.
Param
Boleh dicampurkan dengan minyak urut semasa urutan. Menolong memecahkan lemak serta memanaskan badan. Boleh juga digunakan sendiri dengan mencampurkannya dengan air dan dilumurkanpada seluruh badan kecuali buah dada. Baik untuk melancarkan darah, memanaskan, melegakan rasa gatal serta memecahkan lemak.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 4 sudu besar air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh tubuh kecuali buah dada.
Tapal
Digunakan untuk memejalkan dan menguatkan tisu abdomen. Campuran herba yang mengandungi tanah liat dan jus limau juga membantu menghilangkan parut, tompok hitam pada perut.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan dengan rata di kawasan perut. Tutup dengan kain nipis sebelum menggunakan bengkung.
Pilis
Membantu menghindari sakit kepala dan menyejukkan mata.
Cara Penggunaan : Campurkan 1 paket serbuk dengan 1 sudu teh air panas supaya ia menjadi pes. Sapukan pada seluruh dahi.



HARGA PASARAN RM300
HARGA KAMI RM240
KOS POS PERCUMA SELURUH MALAYSIA


CARA ORDER:
SMS [SET BERSALIN ATIKA BEAUTY, NAMA, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


Set Ibu Bersalin Confine Mum Leesa Formula

Set Ibu Bersalin Confine Mum Leesa Formula




Set Ibu Bersalin Confine Mum Premium terhasil dari formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Mengandungi 9 produk di dalamnya sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan. Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan dan ia selamat untuk ibu menyusu bayi.


Kandungan Set Ibu Bersalin Confine Mum
Tablet Haruan Complex – 50 biji
Tablet Prawan – 80 biji
Ginger Cream – 100g
Cotet Emas Uncang – 15 uncang
Body Contour Gel – 50g
Bengkung Correctuer
Minyak Telon – 24ml
Pek Tungku Herba – 2x200g
PERCUMA Beg Sandang Leesa


Cara Penggunaan Set Ibu Bersalin Confine Mum

  1. Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
  2. Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
  3. Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
  4. Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
  5. Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
  6. Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
  7. Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
  8. Pek Tungku Herba Tuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
  9. Cotet Emas Uncang Minum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.



Tablet Haruan Complex
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.
Tablet Haruan adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.
Khasiat Tablet Haruan Complex
Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang bersalin secara caesarian atau pembedahan).
Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
Mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia.
Boleh diambil bukan hanya untuk wanita lepas bersalin, malah oleh kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.


Tablet Prawan
Tablet Prawan yang berperanan seperti ubat periuk ini diformulakan dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan.
Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.
Khasiat Tablet Prawan

  • Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
  • Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
  • Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
  • Mencegah masalah meroyan.
  • Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
  • Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bisa-bisa tulang.



Ginger Cream
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia. Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.
Khasiat Ginger Cream

  • Membuang angin dalam badan.
  • Mencegah angin dari memasuki badan.
  • Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
  • Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
  • Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
  • Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
  • Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
  • Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
  • Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.



Body Contour Gel
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak dan selulit. Ia disapu sebelum berbengkung bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan selulit di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Ia tanpa bau, tiada kesan melekit serta mudah menyerap apabila di sapu.
Khasiat Body Contour Gel

  • Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.
  • Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
  • Memperbaiki sistem peredaran mikro kulit.



Bengkung Correctuer
Bengkung ialah sejenis kain yang digunakan secara tradisi sejak berzaman lamanya, diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin secara normal (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.
Bengkung CORRECTUER dari Leesa Formula adalah singkatan perkataan `Correct & Contour`, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.
Khasiat Bengkung Correctuer

  • Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
  • Merampingkan kembali pinggang.
  • Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
  • Menaik dan membentuk kembali punggung.
  • Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
  • Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.



Cotet Emas Uncang
Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin.
Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.
Khasiat Cotet Emas Uncang

  • Mengecutkan peranakan
  • Memberi tenaga
  • Menyihatkan tubuh
  • Merapatkan kembali vagina
  • Bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.



Minyak Telon
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.
Cara Guna Minyak Telon
Sapukan 5-10 titik pada dada, perut, pinggang dan telapak kaki.
Boleh dipakai bila-bila masa terutama selepas mandi dan bila udara sejuk/dingin.
Sapu diwaktu malam sebelum tidur untuk mengurangkan gejala bayi kencing malam.
Jika bayi kembung atau senak, sapu di bawah lutut hingga kaki.


Pek Tungku Herba
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang di ilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, menggunakan beberapa ramuan herba yang dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu dituam ke badan bagi memberikan kesihatan yang lebih baik kepada semua orang, terutama ibu lepas bersalin.
Ia dalam bungkusan kain cotton mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara (plai), kunyit, limau purut, serai wangi dan kapur barus. Semua herba tersebut telah digunakan turun temurun dalam perawatan tradisional hampir diseluruh Asia Tenggara seperti Malaysia , Indonesia dan Thailand . Ramai mengetahui khasiat `bertungku`, tapi susah hendak dipraktikkan kerana ketiadaan batu yang sesuai, tidak tahu cara membakar & jenis-jenis daun yang digunakan untuk membalut tungku, susah untuk mencari daun tersebut, tidak tahu bagaimana mahu membalut batu tungku dan sebagainya.
Khasiat Pek Tungku Herba

  • Berfungsi sebagai `batu tungku` yang mudah, ringkas.
  • Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
  • Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.



Maklumat Lain Berkenaan Set Ibu Bersalin Confine Mum
No Pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia:
Tablet Haruan Complex – MAL 05051136T
Tablet Prawan – MAL 20020639T
Ginger Cream – MAL 05012025T
Body Contour Gel – MAL 04112052K
Minyak Telon – MAL 05090421K



HARGA 1set RM350.00
KOS POS PERCUMA SELURUH MALAYSIA


CARA ORDER:
SMS [SET BERSALIN CONFINE MUM, NAMA, EMAIL, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula


Ubat Bersalin Afiat

Ubat Bersalin Afiat




Ubat Bersalin Afiat digunakan secara tradisional untuk wanita lepas bersalin yang serba lengkap untuk 44hari. Ubat Bersalin Afiat, pilihan wanita bersalin sejak turun temurun.


Kandungan Ubat Bersalin Afiat

  • Bedak Hangat Afiat
  • Pil Jamu Afiat
  • Makjun Bawang Putih
  • Minyak Afiat
  • Akar Kayu Periuk Afiat
  • Barut Afiat
  • Tali Pembentan Afiat
  • Pati Afiat Balm
  • Feminine Care
  • Gel Mandian Serai Wangi



MINYAK AFIAT
Untuk urutan wanita lepas bersalin.
Lain-lain kegunaan, lenguh-lenguh sendi, sengal-sengal tulang, luka-luka kecil, gigitan serangga, salah urat, tergeliat, terkena api dan titisan air panas.
Untuk digosok di tempat yang sakit bahagian luaran sahaja.


GEL MANDIAN SERAI WANGI
Diadun khas dengan Serai Wangi yang bersifat aromaterapi untuk menyegarkan kulit badan.
Khasiatnya sama seperti mandi lulur iaitu untuk menaikkan seri kulit untuk digunakan semasa mandi.


FEMININE CARE (PENCUCI WANITA)
Campuran herba beraroma bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi lapisan perlindungan dan mengurangkan kegatalan dengan mengekalkan pH di bahagian sulit.


BEDAK HANGAT AFIAT
Digunakan selepas mandi pagi dan petang.
Caranya ialah dengan mencampurkan Bedak Hangat dengan air dan sapukan ke seluruh badan.
Khasiatnya untuk memanaskan badan selepas mandi.


PIL JAMU AFIAT
Untuk dimakan selepas bersalin.
Makan 12 biji sehari – 4 biji pagi, 4 biji tengahari & 4 biji malam.
Khasiatnya untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan.


AKAR KAYU PERIUK AFIAT
Direbus dengan air dengan sukatan anggaran 200 ml.
Minum airnya segelas, 2 kali sehari selepas 20 hari bersalin.
Khasiatnya untuk menyegarkan tubuh dan menambahkan tenaga.


BARUT AFIAT
Dipakai untuk wanita selepas bersalin bagi melangsingkan badan.
Caranya ialah dengan terlebih dahulu menyapukan perut dengan kapur bercampur limau nipis ataupun Minyak Afiat.
Kemudian ikat tali Barut Berubat pada ari-ari (di bawah pusat).
Pakai bengkung untuk memperkemaskan kedudukan barut tadi.
Pakai Barut ini seharian dan amalkan pemakaiannya selama 44 hari.


BALM AFIAT
Disapu pada pusat bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan.


MAKJUN BAWANG PUTIH
Untuk dimakan selepas habis tempoh pantang.
Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam.
Khasiatnya ialah untuk penambahan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.


TALI PEMBENTAN AFIAT
Dipakai pada pergelangan tangan kanan ibu


Maklumat Lain Berkenaan Ubat Bersalin Afiat
No Pendaftaran KKM:
Bedak Hangat Afiat MAL 19963104T
Pil Jamu Afiat MAL 20020346T
Makjun Bawang Putih MAL 19990842T
Minyak Afiat MAL 19950936T
Feminine Care MAL 05120278K
Gel Mandian Serai Wangi MAL 0604073K



HARGA 1 SET RM89.90
KOS POS RM7 SEMENANJUNG
RM10 SABAH/SARAWAK




CARA ORDER:
SMS [UBAT BERSALIN AFIAT, NAMA, EMAIL, LOKASI] KE 017-3887198
* anda akan dihubungi semula